MENGAKUI menginginkan sebuah perkahwinan yang sederhana, Nora Danish Dan Nedim memberitahu mereka tidak mahu berhabis wang untuk perkahwinan yang besar, cukup sekadar mengadakan maslis pernikahan.
Nora Danish juga mengatakan dia ingin menimang cahaya mata dan menambah bilangan anak bersama bakal suaminya itu.
“Daripada berhabis duit untuk belanja perkahwinan dan hantaran, ada baikya jika kami menyimpan duit tersebut dan gunakan dalam jangka masa panjang. Selepas berkahwin nanti pasti banyak wang perlu dibelanjakan. Duit yang kami ada itu lebih baik dilaburkan.
“Pastinya selepas mendirikan rumah tangga, saya dan Nedim mahu menimang cahaya mata. Membesarkan anak zaman sekarang memakan belanja yang agak tinggi. Wang yang kami ada juga boleh digunakan untuk memulakan perniagaan,” kata Nora.
Nora turut menceritakan kesungguhan Nedim mahu menjadikannya isteri pada tahun ini, dan ia merupakan salah satu sebab dia tidak berfikir panjang mengenainya. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Nora Danish Ingin Kahwin, Mahu Tambah Cahaya Mata Bersama Nedim "
Post a Comment