SEBUAH video menunjukkan aksi kelakar seekor gorila menari telah tersebar luas menerusi laman sosial dengan lebih daripada satu juta orang yang menonton gelagat lucu gorila tersebut.
Helen Fairhead berjaya merakam keletah gorila itu waktu mengadakan lawatan ke Zoo Twycross di Leicestershire. Gelagat gorila dikenali sebagai Lope yang berusia tiga tahun itu menyentuh hati netizen yang melihatnya.

Lebih daripada satu juta orang telah menonton video itu di laman sosial FacebookBBC East Midland Today apabila video itu di muat naik dan mendapat beratus komen daripada pengguna media sosial.
Sesetengah daripada pengguna media sosial yang melihat aksi itu berpendapat bahawa gorila tersebut menari kerana ingin mempamerkan tingkah laku stres terkurung di dalam sangkar.
Menurut Doktor Charlotte Macdonald, tarian itu membuktikan Lope sedang bermain dan ia merupakan salah satu tingkah laku yang penting dalam perkembangan tingkah laku gorila muda. – Sumber MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Aksi Seekor Gorila Muda Menari ‘Ballet’"
Post a Comment